Sunday, August 31, 2008

utk Malaysia bagi Kemerdekaan ke-51



Hari ini adalah Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-51.
Oleh itu saya telah menggunakan Bahasa Malaysia untuk menaipkan post ini untuk menunjukkan keikhlasan saya dan lagi untuk mempraktikkan? (practice) Bahasa Malaysia saya supaya saya boleh lulus dalam peperiksaan Bahasa Malaysia saya yang akan datang pada Hari Rabu ini.


kepada Malaysia, tanah airku selama 17 tahun.


HAPPY MERDEKA !


Saya cinta akan tanah airku yang begitu aman damai ini. Selain itu, ia juga bebas daripada peperangan serta bencana alam yang lain.

Seinginku mengucapkan terima kasih kepada .... guru-guru Bahasa Malaysiaku yang mengajarkan saya bahasa negaraku dan ibu bapa saya yang melahirkan saya dan mendidik saya supaya menjadi seorang insan yang baik.

Dengan ini, saya ingin kata bahawa .....


MALAYSIA BOLEH !


dan saya ingin berkongsi dengan sekalian lagu kesukaan Malaysia saya.



Sejahtera Malaysia

Puji dan syukur pada Ilahi
Anugerahnya tiada terhingga
Kedamaian kemakmuran
Malaysiaku bahagia

Dengan tekad untuk berjaya
Berbakti pada nusa dan bangsa
Kami junjung cita-cita luhur
Perpaduan seluruh negeri

Seia sekata sehati sejiwa
Menghadapi cabaran
Kami sedia kami setia
Berkorban untuk negara

Bersemarak Malaysia tercinta
Kibarkan panji kebesarannya
Kami rela menjaga namamu
Sejahtera Malaysia




Keranamu Malaysia

Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Alam cyber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu myawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara

Keranamu Negara Malaysia
Malaysia...
Terima kasih Malaysia !




31 Ogos

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka



beredarlah saya sekaranga untuk belajar supaya tidak gagal dalam Peperiksaan Percubaan saya yang akan datang pada Hari Selasa ini.




Sekian, terima kasih.
Selamat tinggal pembacaku.

No comments: